Saturday, May 19, 2007

Go-Blog atau Goblok

Untuk sesiapa yang tak tahu makna 'goblok', harap dapat rujuk Kamus Dewan atau rakan-rakan berbangsa Jawa. heheh

Untuk sesiapa yang tak tahu makna 'go-blog' pula, jangan rujuk kepada mana-mana kamus Inggeris sebab tak akan jumpa. Boleh cuba rujuk kepada rakan-rakan yang samada berbangsa Inggeris/kelihatan seperti orang Inggeris/perasan seperti orang Inggeris/pura-pura reti berbahasa Inggeris.


Untuk meluaskan lagi skop pencarian, saya juga sarankan untuk rujuk kepada rakan-rakan melayu yang dah tak reti cakap bahasa melayu dan hanya suka berbahasa inggeris. hehehe.

Sebenarnya, aku ni nak sindir diri sendiri. Terus terang aku kata, aku lebih selesa menulis dalam bahasa Inggeris. Bukannya apa, bila tulis bahasa melayu ni rasanya macam ..hmmm....tulis karangan masa kat sekolah dulu pulak. Ataupun rasa macam baca Berita Harian. hehe. Ni pun, dalam masa tgh menaip ni, kepala otak fikir dalam bahasa inggeris. Alahaaiii, apa nak jadi eh??

Kalau korg perhatikan, mula-mula tadi aku sebebarnya nak cuba kekalkan tulis blog ni dalam Bahasa Melayu BAKU, siap dgn ejaan penuh lagi. hehe. Tp takpelah, untuk permulaan ni, biar aku tulis ikut gaya bahasa bercakap, jadi taklah kekok sgt ;) cuma aku boleh jamin yg kali ni aku cuba elakkan guna Bahasa Inggeris langsung.


Tp tulah, kat kamus dewan takde pula terjemahan perkataan 'BLOG'. :p

Kelakar jugak eh kalau difikirkan, kita org melayu sendiri rasa kekok nak tulis dalam Bahasa Melayu. Jangan kata tulis lah, baca pon tak berapa minat. Kalau pergi perpustakaan pon, tak pandang langsung bahagian 'Melayu'. ( ok, aku sebenarbya terfikir perkataan 'malay section' dan terus nak terjemah 'seksi melayu'.... ada ke patut?! hahaha;) )

Dah makin meingkat dewasa ni, Bahasa Inggeris dirasakan sebagai satu imej yg perlu kita kenakan, sekaligus membentuk identiti kita sbg anak Singapura. Contohnya, bila aku mula sambung belajar kat sini, tulah kali pertama aku dapat bergaul dgn rakan-rakan yg bukan berbangsa melayu. Wlwpun sebelum ni aku rasa Bahasa Inggeris aku bolehlah tahan kaan (taklah bagus sgt)...tp rupanya bila soal interaksi dgn org ni, lain tau...bukan setakat nak tau ckp, tp mcmana nak guna lenggok bahasa, gaya badan, mimik muka dan macam-macam lagi. Rasa tak yakin pun ada. NI nasib baik masih boleh selit-selit Singlish. hehe

Bila dah terbiasa berbual Inggeris pulak, bila jumpa makcik-makcik/nenek-nenek, terasa berat nak tukar pemikiran kita ke Bahasa Melayu. Pernah tak korg alami keadaan yg mana korg tau perkataan Inggeris nya tp bila nak cari perkataan melayu, punyalah susah!

Jadi, apa sebenarnya masalah kita eh? Boleh jadi tak satu hari nnt, bangsa Melayu pon akan jadi mcm Cina, yg mana ada sebahagian mereka tak fasih berbahasa mandarin? Haiiz...kritikal tu...

Secara peribadi, aku suka dgn gaya penulisan Daud Yusoff kat Majalah Manja. Wlwpon dia tulis bahasa rojak, tp kita boleh npk dr gaya penulisan dia yg dia cuba nak sampaikan maklumat kpd semua lapisan masayarakat Melayu dengan menggunakan gaya bahasa yg bersahaja.

Oh ye, satu dilema yg aku rasa sblm tulis blog dlm Bahasa Melayu ni ialah soal kata ganti diri apa yg patut dan sesuai aku gunakan; "aku" atau "saya"?? hehe "Aku" mcm kasar bunyinya (teringat dulu masa sekolah, siapa cakap "aku" "kau" kena denda. hehe), "saya" pulak mcm terlalu formal....

Tp utk kali ni, aku guna ganti diri "aku" sbb kalau tak silap, aku pernah terbaca yg istilah "aku" ni sebenarnya lagi sopan daripada "saya" mengikut penggunaan betul Bahasa Melayu ;)

Jadi, harap berilah ulasan ye...

Haa, apa kata korg pon tulis dlm Bahasa Melayu 100%! :D

~to cross the line might be the way across~ => ok, yg ni aku tak pasti mcmana nak terjemah...ada sesiapa nak cuba??

2 comments:

Faiezah Hairudin said...

it sounds funny though.. but the effort is there.. hehe :)

Anonymous said...

Hmmm..interesting entry...Oooppss..Isi yang menarik!atau topik menarik?hee~ hee~